foto
ini diambil oleh Anggota Anugerah Agung(Master Remy)berasal dari Kuala Lumpur
menggunakan kamera yang telah diasmak dengan Asmak Nurul Ghoibiyyah Hijabul
Asrar Qubro sewaktu merawat pesakit yang kena gangguan makhluk halus,foto ini
hak milik Anugerah Agung Spiritual Development Centre,dilarang mengambil foto
ini tanpa kebenaran bertulis dari Anugerah Agung Spiritual Development
Centre!!!Foto ini asli dan bukan direka-cipta,silakan diperiksa keasliannya!!!
Foto ini diambil di Santubong Resort pada
4/9/2013 sewaktu Dr.Rizal mengadakan Seminar Kursus Program Guru Besar
Spiritual dengan seorang peserta kursus dari Semenanjung
TESTIMONI PENGALAMAN PESERTA DALAM MEMPRAKTIKALKAN KEILMUAN
GURU AGUNG DAN ILMU NURUL GHOIBIYYAH HIJABUL ASRAR QUBRO ANUGERAH AGUNG (LEVEL
1 & 2/KASYAF KUBRO) TESTIMONI TERBARU(10/09/2012):
Pada Hari Isnin 10 September
2012 pukul 8:02 pagi,saya menerima email terbaru Encik Asrolfadli “Gambar
Entiti Makhluk Halus Dan Aura menggunakan Kamera beliau sendiri yang telah
diasmak dengan Ilmu NURUL GHOIBIYYAH HIJABUL ASRAR QUBRO ANUGERAH AGUNG LEVEL
1.Ada pocong,ada yang bertanduk,ada bola api,ada yang muka hijau,ada cahaya
biru transparen(aura)dan sebagainya.
KES: JIN ASYIQ
Assalamualaikum
warohmatullah.Segala Puji Bagi Allah dan Solawat dan Salam atas junjungan besar
Nabi Muhammad Shollallaahu ‘Alaihi Wassallam.
Maha Suci Allah yang telah
menurunkan Al-Quran sebagai Penawar dan Rahmat. Alhamdulillah, saya telah
mengikuti program Guru Agung Haqqul Yaqin dan Nurul Ghoibiyah Hijabul Asror
Level Kasyaf Kubro Tingkat Tinggi di Anugerah Agung Spiritual Development
Centre dan saya diijazahkan keilmuan secara langsung oleh Mahaguru Dr. Mohamad
Rizal Bin Rosdi PhD.
Pengalaman pertama cuba merawat
adik ipar( perempuan, berusia 25 tahun ). Pada asalnya Cuma ingin membuat
‘scanning’ sahaja guna kaedah ‘Tapak Tangan Cahaya’. Terasa begitu
kuat energy dari mukanya. Tiba-tiba dia berubah karakter dan begitu jelas
dia kerasukan. Bila diajak berdialog ,jin tersebut hanya membisu sehinggalah
saya guna kaedah Ruqyah, menggelepar seluruh badan dan barulah dia bersuara
minta dihentikan Ruqyah. Nampak sangat dia kepanasan sampai tak mampu nak cakap
apa-apa selain “sudah…sudah…sudaaaaaahhhhh~!”. Alhamdulillah, timbul ilham
bacakan pada dia Surah al-Anbiyaa’ ayat 69, barulah dia tenang dalam keletihan
dan mula bercakap. Ingatkan bisu tadi atau tak tau bahasa Melayu~!
Sedia maklum perangai golongan
jin ni yang memang suka nak putar belit fakta dan cuba nak mencipta satu cerita
fitnah, apabila ditanya samada dia jin sihir atau saka, katanya ‘’sss.ss..siii..hhirrrr”. Sekali lagi Allah bagi gerak hati supaya jangan layan bila dia
jawab begitu. Kalaulah dilanjutkan pertanyaan “siapa yang menghantar
kau?”…pasti jin tu akan main cekup ja nama siapa-siapa yang dia kenal, mungkin
ahli keluarga, mungkin jiran-jiran atau mungkin kawan-kawan supaya jadi fitnah
dan permusuhan antara kita. Lebih parah lagi kalau dia sebut nama kita sendiri
yang merawat ni. Alhamdulillah saya tak layan.
Bila jadi bosan jin tersebut
tak mau terus terang, saya teruskan Ruqyah, guna kaedah merotan
jin, melontar jin. Isteri saya juga turut membantu menggunakan Ilmu
Hikmah Karomah Ayatul Kursiy + Doa Akbar Khusus Ayatul Kursiy Anugerah Agung.
Bergetar seluruh badan adik ipar saya sehingga beliau berpusing-pusing atas
lantai bila Isteri saya bacakan ayat Kursiy terus kecorong telinganya sambil
mema’rifatkan bola api yang besar, isteri saya menghembus ketelinganya.
Akhirnya bila diugut jika kami akan teruskan lagi ‘membakar’ dengan ayat-ayat
Allah, barulah dia berterus terang. Saya bertanya“ Apa tujuan kau duduk dalam
badan ni ?”……Jin tersebut menjawab dalam keadaan terketar-ketar,
“Suka…suka….suuukaaaa”, mula nak menangis. Dia suka dan sayang pada adik ipar
saya.
Barulah dapat disimpulkan,
rupa-rupanya dia adalah jenis Jin Asyiq, jenis yang ‘jiwang’ atau mudah
jatuh cinta dengan manusia. Tapi ada hati dia nak berbohong mengatakan dia Jin
Sihir. Saya bagitau jin tersebut bahawa..” Allah cipta semua makhluk berpasang-pasangan
dari jenis masing-masing. Manusia dengan Manusia.Jin dengan Jin, Lembu dengan
Lembu, Itik dengan Itik.Lagipun kau duduk dalam badan dia mesti kepanasan bila
dia baca Al-Quran atau baca ayat Kursiy atau berzikir”….Jin tu angguk-anggukkan
kepala mengiyakan kata-katasaya.Saya pujuk jin tersebut bahawa
ramai lagi jin-jin perempuan yang Islam dan cantik-cantik dan baik-baik di luar
sana malah lebih cantik dari adik ipar saya. Timbul Ilham lalu saya berdoa agar
Allah tunjukkan pada jin ni keindahan Jin-Jin Islam yang soleh dan solehah. Jin
tu tersenyum-senyum sipu mungkin kerana Allah nampakkan pada dia. Malu-malulah
pulak jin ni. Saya juga pujuk dia peluk Islam dengan ucap
syahadah.Alhamdulillah dia ikut. Dan dia diajar berikrar …”AKU AKAN KELUAR DARI
TUBUH INI DAN BERJANJI TIDAK AKAN MASUK LAGI, DAN TIDAK AKAN MENGGANGGU
MANA-MANA MANUSIA LAGI, JIKA AKU MUNGKIR JANJI AKU AKAN DILAKNAT ALLAH DAN
SEMUA MAKHLUK.”……dengan teresak-esak kesedihan dia berikrar dan dengan rela
hati keluar meninggalkan adik ipar saya dan beberapa saat kemudian adik ipar
saya pun tersedar .
Begitulah serba sedikit
mengenai pengalaman pertama saya menangani gangguan jin asyiq. Pesanan saya,
hendaklah kita berhati-hati dengan tipu daya jin yang sememangnya banyak
muslihat dan hendaklah kita bertakwa kepada Allah dan yakin dengan
pertolonganNya kerana “ LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH ” .Sekali lagi saya
bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada guru saya, Mahaguru Dr.
Mohamad Rizal bin Rosdi PH.D.
ASROLFADLI
SUNGAI PETANI KEDAH
INFO:ENCIK ASROLFADLI TELAH MENGIKUTI
PROGRAM GURU AGUNG + NURUL GHOIBIYYAH HIJABUL ASRAR QUBRO ANUGERAH AGUNG LEVEL
1 & LEVEL 2(KASYAF QUBRO) SECARA HADIR DIRI DI KUCHING 3/7/2012(DALAM BULAN
RAMADHAN), ALHAMDULILLAH SELEPAS MENGIKUTI PROGRAM GURU AGUNG DAN NURUL
GHOIBIYYAH,BELIAU LANGSUNG DAPAT MEMPRAKTIKALKAN DAN MEMBUKTIKAN KEBERADAAN
ILMU TERSEBUT DENGAN KEIZINAN ALLAH SWT.KEILMUAN TAPAK TANGAN CAHAYA,KAEDAH
RUQYAH MEROTAN JIN,MELONTAR JIN DLL MERUPAKAN KAEDAH RAWATAN DALAM PROGRAM GURU
AGUNG+NURUL GHOIBIYYAH HIJABUL ASRAR QUBRO DENGAN KEIZINAN ALLAH SWT
Foto ini diambil di Santubong Resort pada 4/9/2013 sewaktu Dr.Rizal mengadakan Seminar Kursus Program Guru Besar Spiritual dengan seorang peserta kursus dari Semenanjung
TESTIMONI PENGALAMAN PESERTA DALAM MEMPRAKTIKALKAN KEILMUAN GURU AGUNG DAN ILMU NURUL GHOIBIYYAH HIJABUL ASRAR QUBRO ANUGERAH AGUNG (LEVEL 1 & 2/KASYAF KUBRO) TESTIMONI TERBARU(10/09/2012):


